- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.
- Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada Rasullah s..a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu telah membaca AL-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
- Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka
No comments:
Post a Comment