Tuesday 12 May 2009



PENGENALAN


PPM adalah singkatan bagi Persatuan Pelajar Malaysia Makkah. Berteraskan kepada visi dan misi yang telah disepakati, PPM menjadi sebuah pertubuhan yang manjadi wadah naungan mahasiswa-mahasiswa Malaysia di bumi barakah Makkah. Al-Mukarramah Sasaran utama PPM adalah golongan mahasiswa Universiti Umm Al-qura Makkah.


PPM adalah sebuah pertubuhan berdaftar dan bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Arab Saudi yang berpusat di Riyadh. Namun kebanyakkan aktiviti PPM lebih didukungi oleh Konsulat Besar Malaysia yang bertapak di Jeddah.


Jawatankuasa penubuhan persatuan pelajar telah dibentuk pada 1400 Hijrah bersamaan 1980 Masihi.






VISI PPM


“MELAHIRKAN INTELEKTUAL MUSLIM YANG PROFESSIONAL”






MISI PPM


  • Meningkatkan kesedaran ahli dalam menghayati sunnah Rasulullah Solla Allahu ‘Alaihi wa as-Sallam

  • Mengerat dan mengukuhkan ukhuwwah sesama ahli

  • Membina syakhsiah Islamiah yang unggul

  • Memperkasakan tahap pencapaian akademik ahli

  • Menyuburkan rasa tanggungjawab ahli terhadap PPM